o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Menonton FIFA EURO 2008 secara langsung melalui Internet??

In My Celoteh, Technology Central, euro 2008 on June 22, 2008 at 5:20 am

Free Image Hosting - Photolava.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang diketahui, demam EURO 2008 hampir ke penghujung. Bagi yang ingin mencuba kelainan dan revolusi media atas talian (online), kecanggihan teknologi hari ini membolehkan tayangan atas talian secara langsung (live) direalisasikan. Berterima kasihlah kepada teknologi perisian Sopcast.

Perisiannya percuma dengan saiznya yang kecil membolehkan para penonton menikmati ‘online streaming’ . Perlawanan FIFA EURO 2008 antara Netherlands dan Russia telah disaksikan oleh saya sendiri menggunakan teknologi Sopcast ini. Netherlands telah dikalahkan oleh Russia 1-3 . Dengan Revolusi dunia penyiaran kini semakin rancak dengan pembaharuan ini di mana wujud juga pesaing kepada Sopcast iaitu TVANTS, UUSee, TVU dan banyak lagi. Apa yang penting sekali, perkhidmatan ini boleh digunakan dengan percuma.

Setelah instalasi perisian Sopcast, pengguna hanya perlu memilih siaran dari mana-mana laman web ‘broadcast’ yang menyediakan buffering kepada siaran yang dipilih. Antara laman web yang popular dan menyenaraikan pelbagai pilihan adalah MyP2P.

Berikut adalah ’screen shot’ yang diambil sepanjang perlawanan Netherlands vs Rusia sebentar tadi. Walaupun kualiti siaran adalah sederhana, tetapi tetap memberikan kepuasan tonton perlawanan secara langsung. Itu yang penting!!

*ps: sudah lama rakan-rakan ICT war-war kan teknologi ini, tapi baru hari ini sempat untuk mencuba sendiri. Sebabnya; hanya langgan basic package ASTRO. Hehehe. Sambil menaip blog sempat lagi menonton perlawanan!! Memang best.

Screen shot 1

Free Photo Hosting - Photolava.com

Screen shot 2

Free Image Hosting - Photolava.com

Screen shot 3

Free Photo Hosting - Photolava.com

Screen shot 4

Free Image Hosting - Photolava.com

Screen shot 5

Free Image Hosting - Photolava.com

All comments are screened for appropriateness. Commenting is a privilege, not a right. Good comments will be cherished, bad comments will be deleted.