o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

P2PTV:Peer-to-peer television

In Uncategorized on June 22, 2008 at 7:08 am

Free Photo Hosting - Photolava.com

Terminologi P2PTV merujuk kepada perisian aplikasi peer-to-perr (P2P) yang direka untuk perkongsian siaran video (video streaming) secara masa nyata (real time) pada rangkaian P2P. Siaran video yang disiar biasanya merupakan siaran TV dari seluruh dunia dan boleh juga dirangkaikan daripada sumber yang lain. Kewujudan aplikasi perisian ini amat signifikan kerana ia mewujudkan potensi yang membolehkan siaran TV boleh di lihat dari seluruh pelusok dunia. Antara nama aplikasi perisian P2PTV yang popular pada hari ini adalah Sopcast, TVAnts, UUTSee dan TVU.

Melalui sistem P2PTV, apabila setiap pengguna memuat turun (download) siaran video yang dikongsi, pada masa yang sama juga ia akan memuat atas (upload) siaran video yang sama kepada pengguna lain yang ingin menikmati siaran yang sama. Cara ini akan menyumbangkan kepada tambahan jalur (bandwidth) keseluruhan. Streaming yang diterima kebiasaannya lambat (delay) beberapa saat berbanding siaran asal. Manakala kualiti video pula bergantung kepada berapa ramai pengguna yang sedang menonton. Kualiti video adalah lebih baik sekiranya bilangan penonton adalah ramai.

P2PTV ini bertunjangkan teknologi BitTorrent. Perisian aplikasi P2PTV akan menghubungi server tracker siaran tersebut untuk mendapatkan alamat para penonton lain (peers) yang menonton siaran tersebut. Tracker akan merekod ke semua alamat peers tersebut supaya apabila ada pengguna lain ingin menonton siaran yang sama akan menghubungi alamat-alamat peers yang telah direkod. Kesannya, satu tindihan rangkaian akan wujud seperti rajah dibawah.

Free Photo Hosting - Photolava.com

:: Contoh tindihan rangkaian yang menyiarkan video streaming dari 3 server ::

Kebanyakan perisian aplikasi telah dibangunkan di negara China (TVants, TVUPlayer, PPLive, QQLive,Feidian,PPStream, SopCast). Majoriti penyiaran siaran adalah dari stesen-stesen tv Asia kecuali VTUPlayer yang menyiarkan beberapa siaran dari Amerika Utara seperti CBS, Spike TV, and Fox News. Wujud juga di antara perisian aplikasi tersebut yang menyiarkan siaran tersebut tanpa lesen yang sah.

*image borrowed from www.yourglobaltv.com/p2ptv/download.htm and wikipedia.