o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Salam Perantauan

In My Celoteh on August 29, 2008 at 9:35 pm

Assalamualaikum w.bt dan salam sejahtera. Pertama kali, ada salam perantauan daripada adik aku yang sedang melanjutkan pelajaran di Auckland, New Zealand….land of the kiwis….bukan kiwi penggilap kasut ah….yang berbaju sejuk biru itulah dia satu-satunya adik aku di dunia ni…

Nama Pengirim : Shariful Fadzli bin Md Hanafiah
Lokasi Pengirim : Auckland, New Zealand

Nama Penerima : Samsiah binti Mohammad
Lokasi Penerima : Pasir Puteh, Kelantan

Ucapan : Saya dan rakan-rakan yang kini sedang belajar di &quotThe University of Auckland” ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga kami yang berada di Malaysia. Ampun dan maaf dipinta di atas segala kesalahan kami selama ini.Tidak lupa juga, kepada guru-guru kami di Kolej MARA Seremban, sanak saudara, rakan taulan mahupun sesiapa yang mengenali kami.Selain itu, ucapan ini ditujukan kepada seluruh umat Islam di Malaysia secara amnya. Semestinya, perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini akan disambut dengan lebih meriah jika dapat bersama dengan keluarga tersayang. Namun, perjuangan dan pengorbanan diperlukan untuk memperoleh kejayaan pada masa hadapan. Insyallah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami, anak Malaysia di Auckland.

Pengenalan Gambar : Gambar sewaktu musim sejuk di New Zealand. Bertempat di Pantai Piha, Auckland dan diambil semasa cuti Semester Satu 2008 yang lepas. Dari kiri, Zulkiply, Alif, Idris, Erwan, Rusyidi, Shariful.

Email Pengirim : shoradhi at yahoo.com