
alhamdulillah (kredit http://www.dar-us-salam.com/newarrivals_2006.htm)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut di lampirkan kalendar persekolahan pada tahun hadapan. Mana yang bertugas di perantauan, bolehlah mula beli tiket Air Asia untuk cuti sekolah sempena dengan Promosi Pasti. Mana yang nak mendirikan ‘masjid’ pun boleh menabung dan merancang daripada hari ini, yelah kadang-kadang sampai katering pun dah tak cukup alat dan pekerja untuk kerja-kerja kenduri.
Jadi untuk mereka yang sedang mempunyai perancangan, bolehlah dapatkan kalendar persekolahan 2009 di sini.
Dan terima kasih dan aku panjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya yang telah aku kecapi selama ini. 12 haribulan yang lepas pada bulan ini genaplah umur aku 28 tahun. Bila mengimbau ke belakang, banyak perkara manis, pahit, sedih, gembira, duka, suka, benci, takut, hampa, kecewa yang telah aku alami. Namun apa yang buat aku terharu adalah petikan pos tersebut daripada blog adik aku sendiri; yang sedang menuntut di Auckland Uni, NZ. Terima kasih Allah, terima kasih mama, terima kasih D (isteri), terima kasih E dan tak dilupakan; terima kasih kepada semua yang mengenali diri aku selama ini.
Wassalam.
Ulangtahun Kelahiran yang ke-28
Posted by Shariful Fadzli | Filed under abang, hari lahir, keluarga, ucapan, video, youtube
Salam, pada tanggal 12 Oktober ini, saya Shariful Fadzli Md Hanafiah ingin mengucapkan “Selamat menyambut ulagtahun kelahiran yang ke-28″ kepada satu-satunya abang saya didunia ini, Shariful Hafizi Bin Md Hanafiah. Semoga beliau dimurahkan rezeki, berjaya di akhirat, berbahagia di samping keluarga kami dan somoga tergolong diantara orang yang beriman kepada Allah.
Jika anda perasan, nama pertama aku dan abang aku adalah sama. Kami berdua berkongsi nama “Shariful”. Mungkin tidak pelik kerana ramai kawan-kawan aku yang memiliki nama pertama yang sama dengan adik beradik mereka. Tetapi, apa yang membuatkan aku rasa ianya suatu yang istimewa, kerana nama “Shariful” pada aku ini, telah diberikan oleh abang aku. Mak aku bernah memberitahu, bahawa abang aku beria-ria mahu meletakkan juga nama “Shariful” pada nama aku…
Beza umur aku dan abang aku ialah 7 tahun dan dia adalah satu-satunya abang yang aku ada. Aku juga merupakan satu-satunya adik yang dia ada. Kalau aku imbas balik masa lalu, abang aku tak pernah pukul aku dengan kasarnya. Tak pernah langsung (kecauli aku tak tahulah). Hahaha. Tahun lepas, abang aku telah mengakhiri zaman bujang beliau pada tanggal 8 Disember. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah merahmati dunia dan akhirat majlis tersebut.
Sekali lagi,dengan ini, aku ingin mengucapkan rasa syukur aku kepada Allah kerana aku memiliki abang seperti ‘dia’. Aku berdoa agar hubungan kami sekeluarga kekal baik sehingga hujung nyawa. Insyallah…
Selamat hari lahir.Terima kasih…






