Assalamualaikum & salam sejahtera…dah lama tak update blog…sibuk berpindah & menyesuaikan diri di tepat dan persekitaran baru..
Jadi dah lama tak buat software review. Di sini aku nak kongsikan sejenis software yang boleh menukarkan fail-fail berformat pdf kepada pemproses perkataan yang popular seperti word.
Free PDF Word Converter merupakan perisian percuma yang boleh didapati di Internet. Walaupun tak sehebat Solid Converter; mungkin pada masa akan datang, free pdf word converter ini akan ditingkat keupayaanya untuk mempelbagaikan lagi tugasannya dengan menambah beberapa fitur (feature) yang lebih baik. Untuk mendapatkannya, sila klik sini. Anda boleh baca review perisian dan kebolehannya di situ dan boleh muat turun untuk mencuba. Disertakan juga screenshot tetingkap perisian tersebut. Klik gambar untuk lihat. Selamat mencuba dan semoga ia membantu anda!!







