o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

In My Celoteh, Pembelajaran on March 23, 2009 at 6:00 pm

Assalamualaikum. Pesta buku antarabangsa kini kembali lagi. Marilah meluangkan masa untuk ke sana. Membaca itu jambatan ilmu pengetahuan. Yang kurang membaca, maka pendeklah jambatan ilmunya. ;) Untuk maklumat lanjut; termasuk maklumat dan borang untuk lawatan melalui sekolah, sila klik ‘read more’ yakni baca lagi maksudnya dalam Bahasa Malaysia. ;)

Poster Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Poster Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Kategori: Pameran
Peringkat: Antarabangsa
Tarikh: 17 April 2009 – 26 April 2009

Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam (Isnin–hamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad & cuti am)
Tema :  BUKU: LAKARAN MASA DEPAN

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC)
Penganjur: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Kerjasama: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Kontraktor Buku  Malaysia (PKBM), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Majlis Perasmian PBAKL 2009 akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 18 April 2009, jam 10.00 pagi di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadirUntuk keterangan lanjut sila hubungi Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 7019/22 atau layari laman web PBAKL : http://www.klbookfair.com

Untuk muat turun borang lawatan sekolah, klik sini.