o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Syahmina Uzma (kemaskini Julai 2009)

In My Celoteh on July 2, 2009 at 8:50 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam damai. Di sini ingin dikongsikan bersama berita gembira bersama-sama pengunjung blog. Tepat pada jam 346 petang pada 31032009; lahirlah puteri sulong kami berdua; dinamakan Syahmina Uzma.

Syahmina Uzma binti Shariful Hafizi

Syahmina Uzma binti Shariful Hafizi

Ada yang tertanya apakah maksud nama anak aku ni. Syahmina = cerdik, Uzma = terbaik..Semoga pemilihan nama ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah genap 1 bulan usia anak aku ni. Jadi di sini ingin dikongsikan bersama gambar Syahmina di sepanjang usianya dari hari 1-30. Sebulan lah tu. Gambar yang dipaparkan disini, adalah pengubat rindu dan lara hati ketika ini yang sedang berjauhan dari isteri dan anak. Memang gambarnya saiz wallpaper netbook aku. Papanya di Kuala Berang. Mama dan Syahmina di Kijal, Kemaman. Jadi weekend papa lah aku sekarang ni. Semoga puteri sulung ini akan menjadi manusia yang berbakti kepada dirinya, keluarga, agamanya dan negaranya serta dirahmati oleh Allah. Amin.

Turut juga ingin dikongsi bersama pengunjung adalah koleksi nama Islam bagi anak lelaki dan perempuan. Memang Syahmina Uzma namanya diambil dari panduan yang dikongsikan ni. Klik sini untuk nama Islam anak lelaki dan di sini untuk nama Islam anak perempuan. Semoga anda semua mendapat manfaat darinya. Wassalam

Syahmina 2 bulan

Syahmina 2 bulan

Syahmina 3 bulan

Syahmina 3 bulan

Syahmina 100 hari

  1. Salam, tahniah2x. (^_^)y
    akhirnya dapat gak tgk gamba.mekaseh!

    • Terima kasih…ingat sikit ah, e dah ada anak sedara…kena beli macam-macam hadiah untuk dia nanti..kalau nak beli untuk papa dan mama syahmina sekali pun lagi baek punya!!!hahahaha

  2. Tahniah sekali lagi dari kwn kon ni….he he he. bila nak tambah lg satu…?

  3. tq mail. Insha Allah ada rezeki nanti bertambah lah. hahah5x