o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Salam Aidilfitri 1430/2009 & Keroncong hari raya

In My Celoteh on September 17, 2009 at 12:00 am

Assalamualaikum & salam sejahtera. Sempena lebaran yang akan menyusul, sempena bulan yang baik dan dirahmati, saya; Shariful Hafizi Bin Md Hanafiah bersama isteri yang tercinta; Norzehan Bt. A. Karim serta puteri sulung kami Syahmina Uzma dan mewakili semua ahli keluarga tercinta ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga di lebaran ini, para pelawat akan bergembira dengan keluarga dan mereka yang tersayang.

Berikut merupakan lagu keroncong hari raya yang didendangkan oleh kumpulan Wings, tetapi dinyanyikan oleh Mus (May).

Satu-satunya lagu yang menghiburkan dan memberi pelbagai erti yang boleh ditafsirkan melalui perasaan dan emosi setiap individu, terutamanya buat diri aku sendiri. Tapi yang penting, susunan irama gitarnya memang menyerlahkan kehebatan gitaris kumpulan ini; Joe. Memang susah nak cari lagu dan irama muzik Malaysia yang menonjolkan kemahiran gitar.

Jom, layan keroncong hari raya (klik untuk muat turun)!! Berikut disertakan lirik lagu tersebut.

KERONCONG HARI RAYA – WINGS

Ranjau yang panjang menggamit datang ku kembali
Berulang kembali saat kita nanti
Pertemuan yang mengeratkan silaturrahim
Tuluskanlah damai cinta pun bersemi

Kuhulurkan tangan padamu
Semeriah hari raya
Di hari raya kita dipertemukan

Aidilfitri mengulangkan kejayaanmu
Menjulang bangsaku teguh dan berdiri
Budi dan jasamu tak mungkin dapat aku membalas
Tunggu akhir hayat kau tetap ku kenang

Sepanjang perjalananku
Engkau setia meneman
Rasanya tidak akanku tinggalkan lagi

Semalam sudah pun kita rasa berjauhan
Rindu dan dendam memuncak dah lama
Terhurai jernih air mata sedih mengalir
Mengenang mereka yang dahulu pergi

kad raya: kredit kepada www.muhammadhilmi.com

  1. Selamat hari raya gak buat ko dan isteri serta kuarga. Ko balik ke raya fizi? Tahun ni raya katne tganu/klate hehe…bila ko plan nak tuko blk smnjg

  2. Aku tak balik tahun ni…aku angkut mak aku datang ke tambunan…dia ada lagi kat sini…plan balik semenanjung??? aku dah apply untuk hujung tahun ni….hahahha

  3. salam aidilfitri…balik hujung tahun ni, jgn lupa buah tangan tuk pengantin baru tau

  4. oit tobek!!! Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin…….aku yang ensem selalu…roslan zainuddin