o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Archive for the ‘Ramadhan’ Category

Nuzul Al-Quran Bahagian 2 (repost)

In Nuzul Quran, Ramadhan on September 19, 2008 at 2:20 pm

Fungsi – Fungsi Al-Quran

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:

Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw.

Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.

Read the rest of this entry »

Nuzul Al-Quran Bahagian 1 (repost)

In Nuzul Quran, Ramadhan on September 19, 2008 at 2:18 pm

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Sempena meraikan Hari Nuzul Quran yang jatuh pada hari ini, saya akan paparkan beberapa bahagian artikel-artikel yang berkaitan. Insya Allah, sama-sama kita baca untuk pengetahuan dan dijadikan sebagai amalan dalam hidup kita. Amin.

——————————————————————————————————————————-

Malam al-Qadr anugerah Ilahi

Oleh Zahazan Mohamed

(Berita Harian; http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20070929001642/Article/)

PERISTIWA agung dalam sejarah umat Islam yang berlaku pada Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.

Perkara itu dinyatakan dalam al-Quran menerusi firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Firman-Nya dalam ayat pertama surah al-Qadar yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

Read the rest of this entry »

Ramadhan 1429 Hijrah

In Ramadhan on August 29, 2008 at 10:46 pm

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Ramadhan 1429 Hijrah. Berikut adalah muka (page) khas berkaitan dengan Ramadhan yang saya telah wujudkan (Klik sini). Lapangkanlah masa dan dada anda untuk membacanya. Terdapat juga koleksi-koleksi pos sempena Ramadhan 1428 Hijrah yang lalu. Read the rest of this entry »

Fadilat solat tarawih – satu penjelasan

In My Celoteh, Ramadhan, Solat Tarawih on September 29, 2007 at 8:39 am

bismillah

Assalamualaikum w.b.t. Setelah mendapat komen membina daripada saudara anas, saya telah membuat penyelidikan mendalam dengan berazam untuk meyakinkan diri saya dengan apa yang telah saya dengar sebelum ini mengenai fadilat solat terawih sama ada betul atau salah. Berikut adalah petikan respons dari saudara anas:

  1. anas | anas1808 at ********* com | IP: ***.***.***.***dari mana sumber mengenai fadhilat solat terawih? dari hadis mana? boleh nyatakan sumbernya?setahu saya, tiada hadis sohih berkenaan fadilat solat ni…Sep 28, 9:50 AM — [ Edit | Delete | Unapprove | Approve | Spam ] — Fadilat solat terawih malam keenambelas

Apa yang mengejutkan, pada hari semasa saya mencari bahan-bahan untuk rujukan fadilat solat terawih ini, tidak pula terlintas pautan-pautan (links) berkaitan ketidaksahihan hadis berkaitan fadilat solat terawih ini. Berikut adalah petikan dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai mengenai KETIDAKSAHIHAN hadis ini. Baca, fahamkan dan sebarkanlah untuk memastikan akidah saudara seagama kita tidak terpesong untuk meneruskan perjuangan ke jalan Allah. Amin

Read the rest of this entry »

Maklumat berkaitan ibadah puasa

In Ramadhan on September 12, 2007 at 4:34 pm

Assalamualaikum w.b.t. Sempena menyambut kedatangan ramadhan pada tahun ini, saya akan memaparkan sekurang-kurangnya satu perkara atau maklumat yang berkaitan dengan Ramadhan.

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”

Surah Al Baqarah, ayat 183 Read the rest of this entry »

Kesilapan yang sering dilakukan sepanjang Ramadhan

In Ramadhan on September 11, 2007 at 9:33 pm

Artikel ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan telah dipetik dari laman blog beliau.

Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :- Read the rest of this entry »

10 adab berpuasa & solat sunat terawih

In Ramadhan on September 11, 2007 at 6:25 pm

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menyambut dan menikmati Ramadhan al-Mubarak. Jadi, sebagai persediaan di sini aku nak kongsi 10 adab berpuasa & solat sunat terawih. 10 adab ini aku terjumpa di Internet iaitu Mufti Negeri Terengganu; yang mana menyatakan bahawa adab-adab ini disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’; karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H).

Read the rest of this entry »