Assalamualaikum w.b.t. Setelah mendapat komen membina daripada saudara anas, saya telah membuat penyelidikan mendalam dengan berazam untuk meyakinkan diri saya dengan apa yang telah saya dengar sebelum ini mengenai fadilat solat terawih sama ada betul atau salah. Berikut adalah petikan respons dari saudara anas:
- anas | anas1808 at ********* com | IP: ***.***.***.***dari mana sumber mengenai fadhilat solat terawih? dari hadis mana? boleh nyatakan sumbernya?setahu saya, tiada hadis sohih berkenaan fadilat solat ni…Sep 28, 9:50 AM — [ Edit | Delete | Unapprove | Approve | Spam ] — Fadilat solat terawih malam keenambelas
Apa yang mengejutkan, pada hari semasa saya mencari bahan-bahan untuk rujukan fadilat solat terawih ini, tidak pula terlintas pautan-pautan (links) berkaitan ketidaksahihan hadis berkaitan fadilat solat terawih ini. Berikut adalah petikan dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai mengenai KETIDAKSAHIHAN hadis ini. Baca, fahamkan dan sebarkanlah untuk memastikan akidah saudara seagama kita tidak terpesong untuk meneruskan perjuangan ke jalan Allah. Amin







