o_O Mogok ICT?? Suapan pengetahuan & berita dunia ICT!!! ^_^

Projek:GSpace

Salam. Semua orang tahu mengenai email daripada Google; iaitu Gmail. Yang menarik mengenai Gmail adalah ruang simpanan yang diberikan adalah besar dan setiap saat semakin bertambah saiznya. Sudah lama menjadi hajat saya ingin menjadikan Gmail sebagai salah satu storan maya kegunaan umum untuk kemudahan memuat naik dan memuat turun.

Masalah awal pengenalan konsep Gspace ini adalah proses memuat naik dan memuat turun mengambil masa yang lama, sampai kadang-kadang terputus talian atau ‘hang’. Kini, saya percaya ia semakin stabil. Tambahan pula jika anda menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh mendapatkan extension untuk GSpace di sini.

Jadi, setelah sekian lama hajat dipendam, dan masalah yang dihadapi sebelum ini boleh dikatakan telah selesai, maka saya berjaya merealisasikan Projek GSpace saya. Fokus saya adalah untuk berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memandangkan sumber di Malaysia ini agak terhad dan sukar diperolehi. Insya Allah, segala ilmu pengetahuan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi akan saya cuba untuk kongsikan bahan di sini.

Bagaimana untuk menggunakan GSpace saya ini? Mudah saja. Anda hanya perlu log in ke Gmail di sini. Masukkan username iaitu kolamdownload. Kata laluan adalah k0lamdownload; di mana huruf  ‘oh’ pada kolam digantikan dengan angka sifar@kosong@zero iaitu 0.

Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dimanfaatkan oleh semua pihak. Mana-mana pengguna yang menggunakan Gspace saya ini, sebarang komen untuk penambah baikan dan ucapan terima kasih anda di pos ini adalah amat dihargai. Kerana saya percaya dengan apa yang dikatakan iaitu ’sharing is caring’; satu budaya yang tak ramai rakyat negara kita amalkan. Segala bahan yang ada di gspace ini adalah sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber untuk dijadikan sebagai perkongsian untuk kita semua. Wassalam.

  1. Sehingga 22 Mac 2009, berikut adalah label-label kategori yang terdapat dalam projek GSpace:
    1. Computing Individual Assignment
    2. ICT F4 Courseware Module
    3. ICT F5 Courseware Module
    4. ICT Form 4 CD Courseware Notes
    5. ICT Form 5 CD Courseware Notes
    6. ICT Knowledge
    7. ICTL Sek Men
    8. ICTL Sek Ren Year 1
    9. ICTL Sek Ren Year 2
    10. Harry Potter Collection
    11. Blog (step by step cara mencipta blog)

    Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke masa. Wassalam