1. “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa “(Al-Baqarah : 183).
2. “Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), kerana itu
barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa… ” (Al-Baqarah : 185).
3. ” Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah. Mendirikan solat. Mengeluarkan Zakat puasa di bulan Ramadhan. Menunaikan haji ke Ka’bah. (HR.Bukhari Muslim).
4. “Diriwayatkan dari Thalhah bin ‘ Ubaidillah ra. : bahawa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi S.A.W. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda : puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi : Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku ?. Beliau bersabda : tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah. “.
Kesimpulan : Dari ayat-ayat dan hadis-hadis diatas, kita dapat mengambil pelajaran :
1. puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain (dalil 1, 2, 3 dan 4).
2. puasa Ramadhan disyari’atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil no 1).
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAN KEUTAMAAN BERAMAL DIDALAMNYA
1. Ertinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan – syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadis Shahih Ligwahairihi).
2. “Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat ‘Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi S.A.W. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini syaitan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai)
3. ” Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi S.A.W. telah bersabda : Solat Lima waktu, Solat Jum’at sampai Solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi.” (H.R.Muslim)
4. “Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W. telah bersabda: puasa dan Qur’an itu memintakan syafa’at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku
telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untukmemintakan syafa’at baginya. Dan berkata pula Al-Qur’an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( kerana membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat.” (H.R. Ahmad, Hadis Hasan).
5. “Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda : bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut ” Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu.” (HR. Bukhary Muslim).
6. Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang (HR.Bukhary Muslim).
Kesimpulan : Kesemua Hadis di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :
1. Bulan Ramadhan adalah:
- Bulan yang penuh Barakah.
- Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
- Pada bulan ini Syaitan-Syaitan dibelenggu.
- Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
- Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat maksiat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).
2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
- Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
- Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa’t.
- Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. (dalil 3, 4, 5 dan 6).
RUKUN PUASA
1. “… dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar, kemudian
sempurnakanlah puasa itu sampai malam…(Al-Baqarah :187).
2. “Adiy bin Hatim berkata : Ketika turun ayat ; ertinya (…hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam…), lalu aku mengambil seutas benang hitam dan seutas benang putih, lalu kedua utas benang itu akau
simpan dibawah bantalku. Maka pada waktu malam saya amati, tetapi tidak tampak jelas, maka saya pergi menemui Rasulullah S.A.W. Dan saya ceritakan hal ini kepada beliau. Beliau pun bersabda: Yang dimaksud adalah gelapnya malam dan terangnya siang (fajar). ” (H.R. Bukhary Muslim).
3. “Allah Ta’ala berfirman : ” Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan untukNya ” (Al-Bayyinah :5)
4. “Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan.” (H.R Bukhary dan Muslim).
5. “Diriwayatkan dari Hafshah , ia berkata : Telah bersabda Nabi S.A.W. : Barangsiapa yang tidak beniat (puasa Ramadhan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya .” (HR. Abu Dawud)
Kesimpulan: Keterangan ayat dan hadis di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa rukun puasa Ramadhan adalah sebagai berikut :
a. Berniat sejak malam hari (dalil 3,4 dan 5).
b. Menahan makan, minum, jima’ dengan isteri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari (Maghrib), (dalil 1 dan 2).
MEREKA YANG DIWAJIBKAN PUASA RAMADHAN
1. “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian untuk puasa, sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa. ” (Al-Baqarah : 183)
2. “Diriwayatkan dari Ali ra., ia berkata : Sesungguhnya nabi S.A.W telah bersabda : telah diangkat pena (kewajiban syar’i/taklif) dari tiga golongan: – Dari orang gila sehingga dia sembuh – dari orang tidur sehingga bangun – dari anak-anak sampai ia bermimpi / dewasa.” (H.R. Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi).
Kesimpulan: Keterangan di atas mengajarkan kepada kita bahawa : yang diwajibkan puasa Ramadhan adalah: setiap orang beriman baik lelaki mahupun wanita yang sudah baligh/dewasa dan sihat akal.
MEREKA YANG DILARANG PUASA
1. “Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. ia berkata : Disaat kami haid di masa Rasulullah S.A.W, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha solat “(H.R Bukhary Muslim).
Kesimpulan: Keterangan di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa wanita yang sedang haid dilarang puasa sampai habis masa haidnya, lalu melanjutkan puasanya. Di luar Ramadhan ia wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya selama dalam haid.
HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA
1. “…dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam (fajar ), kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam…” (Al-Baqarah : 187).
2. “Dari Abu Hurairah ra.: bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah bersabda : Barangsiapa yang terlupa, sedang dia dalam keadaan puasa, kemudian ia makan atau minum, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya. Hal itu kerana sesungguhnya Allah hendak memberinya kurnia makan dan minum ” (Hadis sahih,
riwayat Al-Jama’ah kecuali An-Nasai).
3. Dari Abu Hurairah ra. bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda : Barang siapa yang muntah dengan tidak sengaja, padahal ia sedang puasa – maka tidak wajib qadha ( puasanya tetap sah ), sedang barang siapa yang berusaha sehinggga muntah dengan sengaja, maka hendaklah ia mengqadha ( puasanya batal ). (H.R : Abu Daud dan At-Tirmidziy)
4. Diriwayatkan dari Aisyah ra ia berkata : Disaat kami berhaid ( datang bulan ) dimasa Rasulullah S.A.W. kami dilarang puasa dan diperintah untuk mengqadhanya dan kami tidak diperintah untuk mengqadha solat.
(H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
5. Diriwayatkan dari Hafshah: Telah bersabda Nabi S.A.W. Barang siapa yang tidak berniat untuk puasa (Ramadhan ) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya. (H.R : Abu Daud) hadis shahih.
6. Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Bahawa sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Sesungguhnya seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah S.A.W: Ya Rasulullah saya terlanjur menyetubuhi isteri saya (di siang hari) padahal saya dalam keadaan puasa ( Ramadhan ), maka Rasulullah S.A.W bersabda : Punyakah kamu seorang budak untuk dimerdekakan ? Ia menjawab : Tidak. Rasulullah S.A.W bersabda : Mampukah kamu puasa dua bulan berturut-turut ? Lelaki itu menjawab : Tidak. Beliau bersabda lagi : Punyakah kamu persediaan makanan untuk memberi makan enam puluh orang miskin ? Lelaki itu menjawab : Tidak. Lalu beliau diam, maka ketika kami dalam keadaan semacam itu, Rasulullah datang dengan membawa satu keranjang kurma, lalu bertanya : dimana orang yang bertanya tadi ? ambilah kurma ini dan sedakahkan dia. Maka orang tersebut bertanya : Apakah kepada orang yang lebih miskin dari padaku ya Rasulullah ? Demi Allah tidak ada diantara sudut-sudutnya ( Madinah ) keluarga yang lebih miskin daripada keluargaku. Maka Nabi S.A.W. lalu tertawa sampai terlihat gigi serinya kemudian bersabda : Ambillah untuk memberi makan keluargamu. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
Kesimpulan: Ayat dan hadis-hadis tersebut di atas menerangkan kepada kita bahawa hal-hal yang dapat membatalkan puasa (Ramadhan) ialah sebab:
- Sengaja makan dan minum di siang hari. Bila terlupa makan dan minum di siang hari, maka tidak membatalkan puasa. (dalil : 2)
- Muntah dengan sengaja, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa. (dalil :3)
- Pada siang hari terdetik niat untuk berbuka. (dalil : 5 dan 6)
- Dengan sengaja menyetubuhi isteri di siang hari Ramadhan, ini disamping puasanya batal ia terkena hukum yang berupa : memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin.(dalil : 7)
- Datang bulan di siang hari Ramadhan ( sebelum waktu masuk Maghrib ).(dalil : 4)
(disunting dari sumber http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/panduan_puasa_ramadhan.htm )






